Forever Simple.
My Status

BellyNah OFFLINE
30 Dec 2012

Do follow do Talk. nice to meet you :)→My FACEBOOK

Scream!


Click click!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Irna Ahmad
Others:   



Jumaat Terakhir Buat 2012

Salam Jumaat juga saya ucapkan kepada kamu semua. Sedar tak sedar rupanya kita berada di minggu yang terakhir buat tahun 2012 ney. Mesti banyak pengalaman yang kamu dapat di tahun ney kan?? Hemmm,,,!! nak di ceritakan tentang pengalaman yang ada di tahun 2012 ney memang banyak sangat, mana dengan pengalaman pahit dan juga manis. Rasanya pengalaman pahit dan manis buat saya di tahun ney seimbang. Pengalaman pahit buat saya tahun ney memang banyak menyedarkan saya tentang hidup yang meningkat dewasa, berpisah dengan keluarga, belajar hidup di tempat orang. Bila bercerita tentang berpisah dengan keluarga & belajar hidup di tempat orang ney memang sangat perit & pahit buat saya. Ya la kalau dulu saya tinggal dengan keluarga di rumah, makan di sediakan oleh mak. Kalau kat rumah nak makan apa? semua sudah tersedia tapi bila di sini nak makan kena masak sendiri, kadang tu terpaksa ikat perut. Hemm!!! terus terang saya katakan di sini saya pernah nangis sebab tak makan tahu, masa tu baru sedar sangat betapa susahnya hidup di tempat orang ney. Mana yang jauh dengan family lagi...

Kenangan manis pula tahun ney, saya dapat ramai kawan baru tapi kawan lama tak di lupa juga. Kalau ada yang tak termesej tu @ call faham-faham la hidup di perantauan tak sama dengan hidup dekat dengan family. Apa-apa pon terima kasih kawan sebab mahu berkawan & berkongsi cerita dengan sya. Hehekz!! Di tempat baru ney kawan saya bukan hanya dari tempat asal saya tapi dari negeri lain juga yang ada di semenanjung ney. Banyak ragam dan juga gelagat kawan-kawan saya kat sini. Kawan saya di sini terdiri dari orang Johor, Negeri 9, Melaka, di sini juga memang happy gud lucky la katakan sebab semua kawan sporting gila-gila hehekz!!
Hemm....bercerita lagi tentang azam tahun 2012 ney. Tahun 2012 nak berakhir sudah macam mana dengan azam kamu semua sudah tercapai ka?? Kalau nak cerita tentang azam tahun 2012 saya sudah tertunai pada 30/10/12 bersamaan dengan hari selasa iaitu hari saya menjejakkan kaki di semenanjung ney. Azam saya untuk tahun ini adalah dapat sambung belajar tak kira la di mana janji dapat ilmu. Sebab sekarang ney tanpa ilmu seorang individu tu tak berguna bak kata orang 'mayat hidup'. Saya sangat bersyukur sebab Allah masih memberi peluang dengan saya untuk mencapai azam saya. Hem!! ada berapa hari lagi cepat-cepat la capai azam kamu semua..:) ***Sebenarnya hari ney gak tak sangka adalah hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2012, bulan 12 ney juga mempunyai keistimewaan iaitu mempunyai 5 minggu tak macam biasa ada 4 minggu kalau tak percaya cuba tengok kalender kamu. Hanya tinggal 4 hari lagi nak masuk tahun baru, di tahun 2013 nanti biarlah bermula dengan langkah baru, hari baru dan juga hidup baru yang lagi bagus dari sekarang. Insya-Allah..
Lindungi la kesediaan dengan senyuman,
meskipun di hati penuh kedukaan.
Kerana ketabahan menghadapi dugaan,
menunjukkan kita mempunyi iman..
Cover photo..^_*
Assalamualaikum..


Thanks for Reading!